Isteri PU Abu Selamat Lahirkan Anak Lelaki

Tahniah diucapkan kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan di atas kelahiran cahaya mata keduanya pada 1 Februari lalu hasil perkahwinan dengan Hana Azraa. Perkara itu dimaklumkan oleh PU Abu menerusi akaun Instagramnya.

Menerusi perkongsian itu, PU Abu meluahkan rasa syukur di atas kelahiran bayi lelakinya serta mendoakan agar menjadi anak yang soleh. PU Abu turut berkongsikan nama anaknya iaitu Muhammad Uwais Al-Mateen.

BACA: Hana Azraa Bakal Dedah Bukti Kecurangan PU Abu

PU Abu juga turut mengucapkan terima kasih buat isterinya di atas pengorbanannya melahirkan zuriat mereka dan semoga Alla membalas segala kesakitan dengan ganjaran syurga.

“Terima kasih Hana Azraa kerana kuat untuk melahirkan anak kita. Moga Allah membalas segala keperitan yang dirasai dengan syurga Firdaus. Terima kasih mummy,” tulisnya.

Terdahulu, PU Abu dan Hana berkahwin pada Mei 2019. Sebelum ini PU Abu pernah berkahwin dengan Ain Afini dan menceraikannya ketika sedang sarat hamil tujuh bulan.

×