Isteri Dedah Azlan Komeng Bakal Kahwin Lain

Pendedahan isteri kepada pelakon Azlan Komeng, Nur Nilam Ortiz mengejutkan ramai apabila mendakwa suaminya dalam perancangan untuk mengahwini wanita lain.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Nilam turut berkongsi situasi suaminya sedang bercakap telefon dengan seseorang yang didakwa bakal madunya dan kerap bergaduh.

BACA: Isteri Sudah Bertudung, Azlan Komeng Insan Paling Bahagia

“Jauh datang dari KL sampai ke pantai timur asyik ‘call’ sahaa, tak tahu lah apa yang dibualkan. Asyik bergaduh, belum kahwin lagi sudah bergaduh macam mana tu?

“Tapi tak boleh nak buat apa, orang nak kahwin macam ni tau, mana-mana pergi pun ‘call’ 24 jam. Belum kahwin lagi, dah kahwin tak tahu lah macam mana.

“Macam ini ye laki orang bercinta, nampak telefon dekat tangan tapi itulah, kalau cakap elok-elok tak apa, ini tak asyik nak gaduh sahaja,”  katanya.

Sementara itu, Nur Nilam turut menitipkan pesanan kepada wanita diluar sana agar mencari lelaki yang menyayangi mereka lebih daripada diri sendiri.

Tambahnya lagi, dia mengakui hatinya terkesan namun segala keputusan terletak pada suaminya serta meminta mendoakan yang baik-baik.

“Tapi sebenarnya, perempuan kena cari lelaki yang sayangkan kita lebih daripada dia sayangkan diri dia. Kalau tak, akan jadi macam Abang Lan (Azlan).

“Paksa kahwin, nak kahwin, okey akak bagi, tiada masalah tapi 14 kali, 15 kali kau telefon dia, abang Lan tak suka tau. Abang Lan bukan orang macam itu.

“Kita doalah yang baik-baik. Sebenarnya perit juga hati ini. Tapi itulah, semua atas abang Lan sekarang ini. Doalah yang baik-baik,” katanya.

×