Ira Kazar Akan Ditahan Jawi?

Didakwa mengganggu rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan pengarah, Syamsul Yusof, Ira Kazar difahamkan akan ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Memetik Harian Metro, sumber memberitahu tindakan itu dibuat selepas anak kepada pelakon veteran Kazar itu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkan dan dua aduan dilakukan oleh Puteri Sarah.

BACA:

Difahamkan, Ira disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 berkaitan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.

Jika didapati bersalah, Ira boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Ira dilaporkan hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga dan perkara itu disahkan oleh Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail.

×