Usahawan dan pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkefli meluahkan rasa syukur dia diberikan didikan yang baik oleh bapa dan arwah ibunya.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Iqbal berkata tidak pernah sekali pun dia mencarut mahupun bercakap kasar sepanjang hidupnya.

BACA: Inspektor Sheila Puji Iqbal Zulkefli Kacak Sangat Macam Raja

“Syukur, baba, arwah ummi, ibu saudara, bapa saudara dan arwah datuk nenek mendidik saya menjadi orang yang beradab, dan sentiasa berbuat baik terhadap orang lain.

“Jujur tidak pernah wujud perkataan mencarut ataupun kasar dalam bumbung rumah kami sepanjang hidup. Apatah lagi berbuat tidak baik sesama manusia,” tulisnya.

Dalam pada itu, Iqbal berkata pendidikan adalah perkara yang penting dalam kehidupan seseorang.

“Sebab itu pelajaran itu sangat penting dalam kehidupan kita. Meskipun kita banyak dosa dan kelemahan, adab tetap menjadi tunjang kehidupan,” tulisnya.

×