Intan Saleh mengambil keputusan untuk memfailkan saman balas terhadap bekas suaminya, Ude Wahid dan isteri, Izreen Azminda.

Menerusi perkongsian di Instagram, Intan memaklumkan peguamnya, Mahmud Jumaat berhasrat untuk mengambil bayaran kos guaman secara seikhlas hati.

BACA: Izreen Azminda Hilang Sabar Dengan Intan Saleh, Dakwa Bertahun Kena ‘Provoke’

Susulan itu, Intan membuka tabung yang akan disalurkan terus kepada peguamnya berikutan ramai pihak yang bertanya cara untuk membantunya membayar peguam.

“Saya bukanlah jenis suka memperbesarkan perkara tapi kali ini terpaksa buat dan Alhamdulillah, ada peguam yang sedia membantu.

“Pihak peguam telah membalas surat tuntutan tersebut dan pada masa yang sama membuat tuntutan balas terhadap mereka atas tuntutan kenyataan fitnah dihamburkan terhadap Bonda,” tulisnya.

Menurut Intan, pada awalnya dia tidak mahu meneruskan saman fitnah terhadap bekas suami dan Izreen namun menerima sokongan daripada peguam.

“Pada asalnya tidak berhajat untuk meneruskan saman fitnah terhadap mereka, namun apabila disaman lagi dan lagi oleh pihak sana, Bonda terpaksa sekali lagi memohon bantuan peguam.

“Mereka yang menyaman tahu setakat mana kemampuan Bonda untuk melantik peguam, tapi Alhamdulillah peguam Bonda sangat bersemangat bila terima surat saman ini kata ‘Saya dah lama tunggu saman ni, dah agak diorang saman. Tak apa kita counter’.,” tulisnya.

Terdahulu, Izreen dilihat ada memuat naik perkongsian di Insta Story seolah hilang sabar serta mendakwa Intan hanya ‘berhalusinasi’ bahawa dia menganggu wanita tersebut.

×