Intan Najuwa Sindir Netizen Komen Suami Dah Tua

Sudah hampir sebulan mendirikan rumah tangga namun kisah perkahwinan pelakon Datin Intan Najuwa dan suaminya, Datuk Ahmad Asraf masih lagi menjadi bualan netizen.

Baru-baru ini, Intan bersuara selepas ada netizen melabel suaminya sudah tua meskipun baru berusia 39 tahun.

BACA: Intan Najuwa Dapat Hadiah Kuda Putih Daripada Suami Sempena Hari Jadi

Difahamkan, Intan menjawab komen netizen itu yang mendakwa suaminya itu sudah berusia ketika bersiaran langsung di TikTok.

“Saya tak tahu mungkin dia duduk dekat alam lain, atau duduk di planet yang tidak di ketahui, mungkin umur 39 itu bagi dia dah tua ganyut dah,” katanya.

Tidak melenting dengan komen individu itu, Intan sebaliknya menyindir individu itu dengan mengatakan dia ‘melayan’ saja manusia dengan IQ rendah.

“Tak apa kita layan sahaja manusia IQ rendah ini. Orang yang IQ rendah ini suka buat lawak bodoh, sebab dia ingat kita bodoh macam dia Kesian ye.

“Dia ingat dia lah yang terpaling lawak dan terpaling cool. Nampak awak bodoh sangat tau. Pergi la duduk di planet lain, jangan datang di muka bumi.

“Kita orang dekat bumi ni IQ tinggi sikit, dekat planet awak mungkin IQ tu sama rata sahaja macam awak. Anak buah saya pun IQ tinggi sikit dari awak,” katanya.

×