Intan Najuwa Kongsi Rezeki Dengan Anak Anak Yatim

Tidak seperti kebiasaan, tahun ini Intan Najuwa menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 23 secara sederhana dengan hanya makan malam bersama teman rapat beliau pada 18 Ogos yang lalu.

BACA: Kongsi Foto Mesra, Intan Najuwa Dah Berbaik Dengan Bekas Tunang?

“Tidak ada makan malam mewah, hanya makan malam yang sederhana dengan manusia kegemaran saya. Muka baru balik penggambaran, kepenatan dan barai. Jubah tu main sarung je”

“Alhamdulillah, secara rasmi saya dah 23 tahun. Saya sangat gembira dan diberkati. Semoga cepat kahwin dan dilimpahkan rezeki, Amin,” kongsinya di Instagram ketika menyambut hari jadinya.

Dalam pada itu Intan juga sempat berkongsi rezeki dengan anak-anak di Baitul Lathofah bersempena menyambut ulangtahun kelahirannya itu. Bagaimanapun diatas kekangan masa di set pengambaran, Intan tidak dapat hadir bersama.

“Anak-anak saya yang cantik di Baitul Lathofah. Saya minta maaf tidak dapat datang hari ini kerana ada penggambaran. Tetapi saya berjaya memberikan sesuatu yang istimewa untuk anda semua pada hari jadi saya!,” kongsinya. (rtky/w)

×