Susulan insiden pergaduhan di jalan raya pada Ogos lalu, penyanyi Hafiz Suip perlu menjalani hukuman bon berkelakuan baik.
Memetik Kosmo, Mahkamah Majistret Kuching memerintahkan hukuman itu terhadap Hafiz bersama dua lagi individu yang terlibat dalam kejadian itu.
BACA: Hafiz Suip Bertumbuk Di Jalan Raya, Rakan Cerita Hal Sebenar
Dalam perintah yang dikeluarkan pada Khamis lalu, ketiga-tiga mereka perlu menjalani bon berkelakuan baik selama enam bulan dengan jaminan sebanyak RM500 bagi mengelakkan daripada perbuatan sama berulang.
Terdahulu, tular video pelantun lagu Bahagiamu Deritaku itu menumbuk seorang lelaki di Jalan Padungan, Kuching.
Kejadian dikatakan berpunca akibat salah faham apabila lelaki tersebut membunyikan hon selepas Hafiz memberi isyarat memasuki jalan berkenaan.
Bagaimanapun, rakan Hafiz berkongsikan menerusi Facebook kedua-dua mereka sudah pun menyelesaikan isu tersebut secara baik dan sudah berdamai.
SUMBER: Kosmo