”Ini Kali Terakhir Saya Jawab Isu Melibatkan Dia” – Anna Jobling

Pelakon Anna Jobling enggan mengulas mengenai isu membabitkan aktor yang pernah rapat dengannya iaitu Meerqeen dengan aktres pelakon Mimi Lana.

Memetik Kosmo, Anna berkata bukan tanggungjawabnya untuk bercakap mewakili Meerqeen dan lebih baik jika bertanyakan kepada aktor tersebut.

BACA: Anna Jobling Padam Semua Gambar Bersama Meerqeen Di IG?

“Dia tak ada kena mengena dengan saya. Kalau nak tahu apa yang jadi, kena tanya kepada orang yang terlibat. Dah sampai masa, saya rasa macam ini kali terakhir saya jawab isu yang melibatkan dia (Meerqeen). Bukan tanggungjawab saya untuk cakap mewakili dirinya,” katanya.

Menurut Anna lagi, dia tidak tahu mengenai hal tersebut dan berharap mereka diluar sana lebih memberi fokus terhadap kerjaya seninya yang masih lagi panjang.

“Sebenarnya saya tak ada komen apa-apa fasal apa yang berlaku sebab saya sendiri pun tak tahu ‘details’ atau apa yang terjadi.

“Saya dekat sini (Bali) jalani penggambaran sahaja sepanjang masa dan nak fokus karier saya yang masih panjang lagi perjalanannya.

“Ada banyak lagi perkara belum saya capai dalam hidup. Saya harap semua orang lebih beri perhatian pada kerjaya, bukan situasi yang berlaku,” katanya.

Sebelum ini tular video memaparkan aksi dua individu di sebuah pusat hiburan didakwa selebriti popular yang dikatakan sedang menjalani penggambaran bersama-sama.

×