Perasan tak sekarang ini semakin ramai yang menggunakan komputer tablet. Mungkin sebab ianya ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Dan mungkin juga nampak lebih versatil bila memakai tablet ni.

Peranti skrin sentuh ini kian mendapat tempat di hati pengguna dan kebiasaannya Ipad yang selalu menjadi sebutan. Ramai yang tidak tahu rupanya syarikat pengeluar teknologi gergasi dunia, HUAWEI ada mengeluarkan komputer tablet yang lebih menarik dan berbaloi harganya berbanding jenama lain.

Ini serius. Kami tak tipu! Memang sayang kalau anda tidak ambil tahu pasal perkembangan teknologi ini sebab memang banyak tablet yang jauh lebih bagus dari iPad sekarang ni kat luar sana antaranya HUAWEI MatePad Pro 5G.

Paparan Penuh Pertama Di Dunia

HUAWEI MatePad Pro 5G adalah tablet dengan paparan penuh pertama di dunia yang dikuasakan set cip Kirin 990 5G. Ianya berkuasa dengan kelajuan muat turun video 10 kali lebih pantas, permainan 71 peratus lebih lancar dan kelajuan ujian 10 kali lebih pantas.

HUAWEI MatePad Pro 5G menawarkan tahap prestasi yang lebih bagus! Ia juga hadir dengan rekaan lebih elegan termasuk pelindung belakang peranti kulit Vegan yang menampilkan ciri eksklusif dan mewah.

Bukan itu sahaja, HUAWEI MatePad Pro 5G ini juga menepati gaya hidup masa kini kerana mereka menawarkan peranti yang mementingkan rekaan, teknologi dan inovasi dalam setiap ciptaan. Fuh!

Nak tahu apa lagi kelebihannya. Check this out gais!

10 Kelebihan Huawei MatePad Pro 5G Yang Patut Anda Tahu

1. Tablet 5G Pertama Malaysia

HUAWEI MatePad Pro 5G adalah tablet 5G pertama di Malaysia berbanding jenama lain. Semua tahu kelebihan 5G yang dapat membantu untuk sentiasa berhubung dalam internet dengan pantas, ke mana sahaja anda pergi.

Peranti ini bersedia pada masa depan untuk anda rasai kelajuan internet 5G yang tinggi terutamanya ketika anda melancong ke mana-mana negara yang menyokong rangkaian 5G. Wah! Tentunya menarik.

2. Skrin Terbesar Di Dunia


Kami sangat teruja melihat skrin daripada HUAWEI MatePad Pro 5G ini. Ianya besar berbanding dengan jenama lain. Ia hadir dengan nisbah skrin-ke-badan terbesar di dunia pada 90%. Wow! Kalau anda bandingkan dengan Apple Ipad Pro 11 inci, ianya hanya memiliki 83.08% dan Samsung Tab S6 pula hanya memiliki 82.50%. So amacam?

3. Dilengkapi HUAWEI Kirin 990

Macam kami sebutkan di atas tadi, HUAWEI MatePad Pro 5G ini dilengkapi dengan HUAWEI kirin 990, chipset berprestasi terbaik dengan 5G!

4. Memiliki RAM Dan ROM Terbesar

Sudahlah skrin besar, RAM dan ROM HUAWEI MatePad Pro 5G ini pun besar jugak. Ia memiliki RAM 8GB dan ROM 256 GB, dibandingkan dengan Apple Ipad Pro 11 inci yang hanya memiliki RAM 2GB dan ROM 64GB. Manakala tab Samsung Galaxy S6 hanya mempunyai RAM 6GB dan ROM128 GB.

5. Pengecasan Tanpa Wayar


Ia dilengkapi dengan pengecasan tanpa wayar yang juga membantu mengecas peranti lain secara ‘wireless’. Sistem pengecasan tanpa wayar yang bersaiz 1.3 milimeter yang sangat sesuai untuk melengkapkan perjalanan anda tanpa perlu melupakan sebarang urusan penting yang harus diselesaikan segera.

6. Mempunyai HUAWEI Multi-screen Collaboration

HUAWEI MatePad Pro 5G ini mempunyai Multi-screen Collaboration yang mana setelah telefon anda disambungkan ke komputer riba, skrin telefon akan muncul secara automatik. Hebat kan? Ianya tidak ada di tablet yang lain tau.

7. Audio Quad Dari Harman Kardon


Sokongan audio ini dioptimasikan dari Harman Kardon selain dilengkapi kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.

8. HUAWEI MeeTime & Panggilan Video HD


Tablet ini juga menyokong Huawei MeeTime dan panggilan video secara HD. Jadi memang betul jelas kalau anda nak bercakap dengan orang tersayang nanti.

9. PC Mode

Ops, jangan tak tahu, HUAWEI MatePad Pro 5G ini turut dilengkapi dengan papan kekunci magnetik pintar dan HUAWEI M-Pencil untuk anda lakukan kerja dengan lebih produktiviti dan cekap!

Papan kekunci ini bukan hanya padan dengan peranti, malah ia cukup menyenangkan pengguna dengan padanan (pairing) automatik apabila ia hendak digunakan, selain sokongan sudut kecondongan 60/70 darjah yang dianggap cukup ideal. Menarik kan?

10. Hadiah PERCUMA!


Gais! Anda boleh dapatkan HUAWEI MatePad Pro 5G dengan harga RM3,299 dan anda akan dapat akses premium PERCUMA selama 3 bulan untuk HUAWEI Video. Anda boleh melayari 300 video untuk mempelajari kemahiran dan pengetahuan baru bersama dengan pakar tempatan Malaysia.

Selain itu, anda juga dibimbing oleh 22 pakar yang berpengalaman dalam menguasai sukan, pendidikan dan hiburan dengan mudah! Betul-betul awesome!

Dan jika anda ingin membeli Smart Magnetic Keyboard yang berharga RM499, anda akan dapat HUAWEI M-Pencil yang berharga RM299 secara percuma!

Jadi, jangan tangguhkan lagi untuk membuat pembelian. Dengan 10 kelebihan yang kami bagi ni, ternyata HUAWEI MatePad Pro 5G ini tiada tandingannya berbanding dengan tablet lain.

Info lebih lanjut pasal tablet HUAWEI MatePad Pro 5G ni ataupun kalau anda nak beli dengan harga paling kompetitif, boleh ke website HUAWEI ini sekarang.

×