“Ingat Kami Tak Usaha Ke? Jangan Tanya Soal Anak” – Aprena Manrose

Pelakon Aprena Manrose turut terkesan dengan luahan sedih rakan selebriti, Janna Nick apabila sering ditanyakan soalan berkaitan cahaya mata.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Aprena berkata dia meluahkan rasa benci apabila ada segelintiri pihak yang tidak memikirkan sensitiviti sebelum meninggalkan komen.

BACA: “Sangat Kurang Ajar…Berhenti Tanya Saya Soal Anak”

Menurut Aprena, dia memahami kesakitan yang dirasai Janna apatah lagi sudah lapan tahun dia menahan dengan ‘mulut’ orang-orang.

“Aku benci mulut orang yang terpaling tahu semua benda. Aku faham apa yang Janna rasa sebab aku lagilah, lapan tahun tahan dengan mulut orang.

“Sakitnya hati ini, Allah je tahu. Ingat kami tak nak ke? Ingat kami tak usaha ke? Tu semua kerja Tuhan lah. Tolong jangan nak tanya-tanya dah,” tulisnya.

Terdahulu, Janna meluahkan rasa kecewa dan terkesan dengan satu komen netizen yang menuduh suaminya, Dini Azad Schatzman terlebih hormon wanita punca mereka tidak kurniakan zuriat.

×