Influencer Tunjuk Kemalu*n Ketika Panggilan Video Ditahan Polis

Seorang influencer terkenal ditahan polis disyaki menunjuk kemaluan serta membuat panggilan lucah kepada seorang wanita menerusi panggilan video.

Memetik Harian Metro, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan pada 2.25 petang semalam bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata polis sebelum ini menerima laporan daripada seorang wanita berusia 24 tahun yang dibuat pada 4.50 petang, 17 Mei lalu.

“Pengadu yang tidak bekerja mendakwa menerima panggilan video daripada seorang lelaki yang dikenalinya semasa berada di rumahnya di Taman Melewar. Hasil siasatan awal, pengadu berkenalan dengan suspek sejak awal bulan ini melalui laman sosial Instagram.

“Suspek membuat panggilan video kepada pengadu dan menunjukkan kemaluannya serta bercakap lucah dengan pengadu. Pengadu kemudian membuat laporan polis,” katanya.

Bagaimanapun, suspek yang ditahan petang semalam dibebaskan dengan jaminan sebaik selesai merakam keterangannya. Siasatan juga mendapati suspek dan pengadu pernah berjumpa sebelum ini.

Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan kertas siasatan yang lengkap akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

SUMBER: Harian Metro

×