Penyanyi Ina Naim menjawab dakwaan kononnya dirinya ‘didera’ dan hidupnya daif kerana bekas suami, Allahyarham Suhaimi Saad tidak menyediakan peti ais, mesin basuh dan televisyen di rumah.
Menafikan dakwaan tersebut, Ina mengakui tiada peti ais namun baginya ianya tidak diperlukan kerana dia membeli barangan segar di pasar setiap hari.
BACA: “Nafkah Yang Batin Penting” – Ina Naim Tak Pandang Nilai Nafkah
@papalarisofficial Cantik kan bag zuka papa ni, betul dah banyak artis yang pakai, ada berbagai macam warna, nak beli tekan bag kuning
“Peti ais tak ada tu betul sebab saya hari-hari pergi pasar beli makanan segar,” katanya.
Sementara itu, Ina berpendapat barangan berkenaan bukanlah satu kepentingan dalam rumah tangga sebaliknya kejujuran lebih penting serta kasih sayang dalam hubungan suami isteri.
“Bagi saya peti ais bukanlah satu benda yang penting untuk rumah tangga tapi yang penting adalah kejujuran, kasih sayang dan sikap bertolak ansur,” katanya.
Terdahulu, Ina dan Mohd Khairul Rizal mendirikan rumah tangga pada 8 November lalu di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.