Penyanyi Ina Naim mendedahkan keputusannya untuk mendirikan rumah tangga kali kedua tidak dipersetujui anak keduanya, Salman Elkhoyri.
Menerusi temu bual bersama Molek FM, Ina berkata ketika itu agak sukar untuk mendapatkan persetujuan anak keduanya itu.
BACA: Ina Naim Menangis, Tiga Hari Berturut-Turut Mimpi Arwah Suhaimi Saad
@molekfm Bila anak @INA SUHAIMI berkata kata kito hok dengar pun sebok sekok sek awok weh!! Apa apa pun kita doakan yang terbaik untuk Ina Naim sekeluarga deh ? Terus strim Molek FM stesen radio kenaikan terpantas di Malaysia, Gu Pantai Timur #MolekFM #MolekPagi #KerusiDJNazz #DJNazzQila #GuPantaiTimur #PantaiTimur
“Mereka masih lagi kekal dengan ayahnya yang pertama. Memang susah terutama sekali anak nombor dua. Kemudian, anak-anak yang lain pujuk sampailah sebelum nak bertunang, saya kata, ‘Macam mana Salman? Tak baik sekat ibu’,” katanya.
Bagaimanapun, Ina berkata dia tersentuh dan terdiam apabila mendengar jawapan daripada Salman mengapa tidak bersetuju untuk dia berkahwin lagi.
“Kami lima beranak pun bersalaman dalam satu bilik dan saya minta sebab dari Salman kenapa dia tak nak saya kahwin.
“Di antara sebab yang saya tersentuh sangat itu bila Salman cakap, ‘Kata nak hidup dengan ayah di sana (taman syurga) sama-sama? Kita kan dah janji? Kita kan dah janji nak jumpa di perigi syurga sama-sama?’ Waktu itu memang saya terdiam, tak berkata apa-apa,” katanya.
Terdahulu, Ina mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Khairul pada 9 November tahun lalu selepas pemergian suaminya, bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad pada 15 November 2023.