Pempengaruh media sosial, Imran Bard meluahkan rasa terkilan apabila permohonan visa ditolak untuk melancong ke Amerika Syarikat sehingga terpaksa menanggung kerugian RM888.

Menerusi perkongsian di X, Imran berkata memohon visa untuk pergi menonton konsert Coachella yang akan diadakan pada April tahun hadapan namun alasan ditolak tidak diberitahu.

“Kisah sedih hari ini. Saya bayar RM888 hanya untuk temu duga tersebut. Tanpa memberitahu saya sebabnya. 

“Saya cuba tanya team servis mereka kata ‘kami tiada sebab yang tertentu’. Habis tu takkan duit aku ‘burn’ macam itu saja?” tu;isnya.

Bagaimanapun, Imran berkata dia akhirnya mengetahui permohonan itu ditolak disebabkan kerjayanya sebagai content creator dikatakan tiada pendapatan dan gaji tetap.

 

×