Pempengaruh media sosial, Imran Bard dikecam selepas video yang dimuat naik di Instagram miliknya menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen
Menerusi video tersebut, memaparkan babak ‘mesra’ Imran dengan seorang lelaki lain yang memanggilnya sayang.
BACA: Pertama Kali Susukan Anak Babi, Imran Bard Sifatkan Satu Pengalaman Indah
Dalam video tersebut, Imran menghidangkan juadah Char Kuey Tiaw untuk seorang lelaki yang telah memanggilnya sayang.
Bagaimanapun, makanan tersebut seperti tidak kena dengan tekak dan seleranya dan lelaki tersebut kemudian mahu mengajar Imran untuk memasak juadah itu dengan cara yang betul.
Apa yang mengejutkan video itu memaparkan beberapa adegan pempengaruh itu dipeluk dari belakang serta adegan lelaki tersebut yang seperti mengetap bibir ketika menarik Imran rapat dengannya.
Susulan video itu, Imran dilihat seakan mempromosi dan menormalisasikan budaya songsang.
Difahamkan, Imran telah pun memuat turun video berkenaan namun ianya sudah pun tersebar di media sosial.