Sebut saja nama Dahlia Rizal sememangnya gadis itu dikenali ramai di kalangan pengguna media sosial. Malah, gadis itu juga sebelum ini dikatakan rapat dengan penyampai radio Hot FM, Imran Aqil.
Dalam diam, pasangan itu sudah pun mengikat tali pertunangan pada 21 Ogos lalu dan video majlis mereka tular di media sosial.
BACA:Imran Aqil Terkejut Bekas Kekasih Kini Tunang Yonnyboii
Baru-baru ini, menerusi live di TikTok, pemuda berusia 23 tahun itu mendedahkan dia mengamalkan doa Nabi Musa sebelum memikat hati tunangnya itu. Imran menyifatkan amalan tersebut sangat menakjubkan kerana doanya terus dimakbulkan dan menjadi kenyataan.
https://www.tiktok.com/@farrich2022/video/7135415420982414618?is_from_webapp=v1&item_id=7135415420982414618
“Saya nak cerita satu benda yang saya rasa macam, wow menakjubkan. Straight dapat. Saya baca satu doa Nabi Musa ni. Doa ni ada kisah dia tapi saya tahu sikit.
“Ketika itu Nabi Musa berada di bawah pokok. Baginda ada dua pilihan wanita untuk berkahwin dengan si kakak ataupun si adik. Kemudian baginda membaca doa tersebut,” katanya.
Imran turut berkongsikan pengisian doa itu untuk mendapatkan kebaikan dan mengamalkan doa berkenaan supaya pintu hati tunangnya terbuka untuk menerimanya.
“Ya Allah, Aku perlukan kebaikan, Aku inginkan kebaikan. Kahwin tu kebaikan, sebab kahwin ni pahala 24jam ibadah. Sebelum nak pikat Dahlia, saya baca dalam 10 ke 15 kali untuk hafal. Dan Ustaz Muhaizad kata sujud terakhir baca 16 kali dan saya pun buat.
“Tiba-tiba Dahlia mesej, mak dia kata ‘kalau ada sesiapa nak masuk minang bagitahu mak’. Pastu saya macam kenapa Dahlia cerita kata saya macam ni? Saya baru hafal doa tu belum amalkan lagi, terus Allah bagi cash,” katanya.
Perkongsian Imran itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja serta memuji pemuda itu yang mengamalkan doa-doa untuk membina rumah tangga.