fbpx

Impian Siti Nurhaliza Miliki Range Rover Akhirnya Tercapai

Impian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya menjadi kenyataan untuk memiliki kereta idaman iaitu kereta jenis Range Rover.

Menerusi satu perkongsian di Instagram Siti meluahkan rasa syukur kerja kerasnya membuahkan hasil apabila berjaya memiliki kereta mewah berkenaan serta mengatakan ianya juga rezeki anak-anaknya.

BACA: “Siti Nurhaliza Calon Tepat Biduanita Negara, Lenggok Siti Tiada Siapa Boleh Lawan” – Jennifer Thompson

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Dalam entri tersebut, Siti turut memuat naik video menaiki kereta tersebut bersama anak lelakinya Muhammad Afwa.

Perkongsian Siti itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah di atas pencapaian penyanyi itu serta teruja melihat Siti pertama kali memandu kereta.