Sejak berapa hari lalu, hangat diperkatakan apabila pelakon Abby Abadi membuat pendedahan mengenai kisah hidupnya selepas bercerai dengan Norman Hakim 17 tahun lalu.
Susulan pendedahan Abby itu, hasil tinjauan mendapati Instagram milik Memey Suhaiza diserang oleh netizen sehingga ada yang melabelnya penyondol.
BACA: “Mamanya Nak Tuntut Duit Makan Minum Harian, Tempat Tinggal Dari Mula Cerai 17 Tahun Lalu”
View this post on Instagram
Menerusi ruangan komen, ada netizen yang meminta pelakon itu untuk menasihati suaminya Norman untuk memberikan nafkah kepada anak-anaknya bersama Abby dan tidak bersikap lepas tangan.
Dalam pada itu, ada yang mendakwa Memey seolah tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku apabila dilihat aktif memuat naik hantaran mempromosikan produk jenamanya.
Terdahulu Abby berkata dia tidak pernah dengki dengan Norman namun berharap apabila sudah senang anak-anak dapat menumpang sama. Dakwanya lagi, anak-anak juga tidak diajak untuk bercuti bersama.
Turut menjadi perhatian apabila Abby mengatakan hidup Norman juga dikategorikan sebagai golongan T20 serta mengatakan dirinya sejak dari dulu golongan B40.