Sambutan raya tahun ini dirai penuh meriah oleh ibu kepada pelawak Along Cham iaitu Siti Habsah Kadir kerana dapat bersama anaknya tercinta.
Memetik mStar Online, Habsah berkata dia meluahkan rasa syukur dapat kembali beraya dengan anaknya dan sentiasa mendoakan buat Along.
BACA: Along Cham Tersilap Isi Borang, Hakim Arah Lantik Peguam
“Alhamdulillah saya bersyukur sangat-sangat dapat beraya dengan anak kembali, sebelum ini tak pernah berpisah dengan dia. Ibu mana yang tak doakan untuk anaknya?
“Apa pun terjadi baik buruk dia tetap anak dan selalu saya doakan yang terbaik buat dirinya. Walau setahun tak jumpa, doa tetap saya kirimkan dan sentiasa maafkan dirinya,” katanya.
Sementara itu, Habsah berkata dia turut menyediakan makanan kegemaran Along sempena raya tahun ini serta meluahkan rasa sedih tahun lalu tidak dapat masak untuk anaknya itu.
“Macam-macam dia nak makan, semalam saya masakkan laksa Johor. Apa saja dia minta memang saya akan masakkan dan tak pernah nak kecewakan dia. Tahun lepas tak dapat masak untuk dia, sedih juga,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan ibu kepada pelawak itu tidak bercakap dengan anaknya sejak dia berkahwin semula pada tahun lalu serta mendakwa timbul salah faham dalam keluarga berpunca kenyataan oleh isteri Along iaitu Afreena Suhaimi.
SUMBER: mStar Online