Pasti ramai tahu mengenai hubungan Sufi Rashid dan ibunya, Irma Suriana Mahmud yang sebelum ini pernah bersengkata malah ibunya juga tidak merestui hubungan dengan gadis pilihannya yang kini sudah bergelar isteri.
Nampaknya, baru-baru ini ibu Sufi sekali lagi meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa dia perlakukan seperti penjenayah ketika di majlis perkahwinan anaknya. Malah, ibunya mendakwa ada anasir jahat menghalangnya dari masuk ke majlis.
BACA: Sufi Rashid Kecewa Ibu Tak Restu Pertunangan
Menerusi Facebook, ibu Sufi turut berkongsikan video memaparkan isteri Sufi turun dari pelamin ketika ibu mertuanya memeluk dan mencium Sufi. Dalam video tersebut, Sufi seolah cuba menghalang isterinya dari beredar namun tidak berjaya.
https://www.facebook.com/ISM.DELIGHTS/videos/10220324920575234/
Dalam perkongsian lain, ibu Sufi turut mendoakan agar anasir-anasir jahat tersebut diberikan hidayah serta mengingatkan bahawa Allah tidaka pernah tidur.
Apa pun, semoga apa yang terjadi di antara ibu, anak serta menantu ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan harmoni.