Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel membuat laporan polis di Balai Polis Semenyih awal pagi tadi terhadap pengguna media sosial yang menulis komen berbaur ugutan bunuh terhadap ibu bapanya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Naim dilihat ada memuat naik komen berbaur ugutan oleh pengguna akaun Instagram @syxmzxk yang menulis ‘ini kalau jumpa mak pak hang (kau), aku sembelih hidup-hidup.’
BACA: Naim Daniel Bangga Berbaju Melayu Hadir Di Setiap Undangan Majlis
Memetik Harian Metro, Naim berkata komen tersebut sangat melampau apatah lagi mengancam keluarganya. Katanya lagi, pihak polis duah mendapat maklumat individu berkenaan.
“Komen individu itu sangat melampau. Saya tidak boleh berdiam diri apatah lagi komen itu mengancam keselamatan saya dan keluarga.
“Saya dimaklumkan oleh polis yang mereka sudah dapat semua maklumat individu berkenaan. Jadi, saya serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya.
View this post on Instagram
Sementara itu, Naim berkata komen dilemparkan netizen sudah tersasar daripada perkongsian asal mengenai Blockout 2024 yang disuarakan. Katanya, dia hanya berpesan agar tidak melampau dalam memboikot sehingga menghina orang.
“Komen mereka sangat merepek dan tidak ada kena mengena langsung dengan apa yang saya cakap di X. Hanya kerana saya berpesan supaya jangan melampau dalam memboikot, sehingga perlu menghina perkara yang tidak ada kena mengena dengan perkara yang diboikotkan.
“Saya berpesan supaya tidak bersifat “Ghuluw” atau melampau sehingga mampu mewujudkan cabang dosa dalam masa kita cuba melakukan sesuatu atas nama kebaikan.
“Pada akhirnya saya dikatakan ‘terpaling’. Malah siap ada mereka yang menyalah erti dan menggunakan naratif yang berbeza bagi menentang saya,” katanya.
SUMBER: Harian Metro