Ibu kepada pelakon sensasi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza berkata sehingga kini dia masih belum dapat berjumpa mahupun bercakap dengan kedua-dua cucunya, Ayden dan Ara.
Menerusi perkongsian di Instagram, Hafiza mengucapkan selamat hari lahir buat cucunya, Ara Adreanna serta meluahkan rasa rindu pada kanak-kanak itu.
BACA: Ibu Aliff Aziz Bangga Anak Bukan Jenis Tikam Belakang
View this post on Instagram
Menurut Hafiza lagi, dia tetap akan berusaha mencari jalan agar dapat bertemu dengan kedua-dua cucunya kerea mereka tetap darah dagingnya.
“Walaupun kami tidak dapat berjumpa atau bercakap dengan Ara sehingga hari ini, kami tidak akan berhenti untuk terus mencuba untuk bertemu dengan kamu kerana kamu sebahagian dari darah kami,” tulisnya.
Tambah Hafiza lagi, dia ada mengirimkan hadiah buat cucunya itu dan berharap akan sampai ke tangan Ara serta mendoakan agar kanak-kanak itu menjadi anak yang solehah.
“Ucapan selamat hari jadi untuk cucu kesayangan saya, Ara Adreanna. Selamat hari jadi buat cucu Umi Wan dan Tok Ayah Ara Adreanna yang sangat-sangat kami rindui.
“Masyaallah, alhamdulillah, Ara dah empat tahun hari ini. Kami semua mendoakan Ara panjang umur, jadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat,” tulisnya.