Ibu kepada penyanyi Singapura, Aisyah Aziz iaitu Hafiza, menzahirkan rasa syukur apabila anaknya diijabkabulkan dengan Dr. Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Hafiza turut mendoakan agar rumah tangga anaknya yang dibina itu akan dilindungi dan dirahmati Allah.
BACA: Aisyah Aziz Nikahi Abang Kepada PU Riz
View this post on Instagram
“Alhamdulillah segala puji pada Allah Yang Maha Esa di atas nikmat yang telah diberikan kepada kami sekeluarga.
“Kami menyambut anakanda Mohd. Fakhrudin Amir dalam keluarga besar kami diringi doa dan restu semoga rumahtangga yang dibina sentiasa dilindungi Allah hingga ke jannah,” katanya.
Sementara itu, Hafiza turut menitipkan doa buat Aisyah agar perjalanan rumah tangganya sentiasa dipermudahkan dan anaknya itu tetap dekat di hati.
“Buat anakanda Aisyah, walau akan berada jauh dimata tapi sentiasa dekat dihati dan dalam doa kami,” katanya.
Jumaat lalu, Aisyah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Dr. Mohd. Fakhrudin Amir Mohd Ismail di Singapura dalam satu majlis tertutup.
Difahamkan, suami Aisyah itu juga merupakan abang kepada pendakwah selebriti iaitu Haris Ismail atau PU Riz, sekali gus penyanyi itu bergelar biras kepada Neelofa.