Susulan pelbagai fitnah dilemparkan terhadap dirinya dan arwah isteri tercinta, Siti Sarah, pelawak Shuib Sepahtu tidak hanya berdiam diri apabila bersemuka dengan salah seorang pemfitnah.
Bagaimanapun, selepas bersemuka Shuib memaafkan individu berkenaan namun bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang lagi individu.
BACA:
Sementara itu, menerusi satu perkongsian di TikTok, Shuib dilihat ada memuat naik video memaparkan kenangan bersama arwah serta memohon maaf kepada Siti Sarah dan akan membersihkan nama isterinya itu.
@shuibsepahtu I minta maaf sayang,,Orang cakap mcm2 tentang U,Orang Fitnah U tentang perkara yg langsung tak masok akal.InsyaAllah I akan cuba sehabis baik utk bersihkan nama U Sayang.Allah maha hebat,Allah akan ade sentiasa bersama kita.Doakan I dr sana ? Al Fatihah Buat Siti Sarah Bt Raissuddin
“I minta maaf sayang,,Orang cakap mcm2 tentang U,Orang Fitnah U tentang perkara yg langsung tak masok akal. InsyaAllah I akan cuba sehabis baik utk bersihkan nama U Sayang.
“Allah maha hebat,Allah akan ade sentiasa bersama kita.Doakan I dr sana. Al Fatihah Buat Siti Sarah Bt Raissuddin,” tulisnya.
Perkongsian Shuib itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menitipkan kata-kata semangat buat pelawak itu agar terus kuat dan dipermudahkan segala urusan.