“Hubungan Cinta Saya Dan Zahirah Jujur, Ikhlas”

Boleh dikatakan selain Fattzura, pasangan kegemaran rakyat Malaysia sekarang adalah Aiman Hakim dan Zahirah MacWilson. Menurut Aiman, kasih sayang yang dipamerkan di media sosial adalah kerana hubungan mereka yang jujur.

BACA: Ibu Restui Cinta Sejati Zahirah & Aiman Hakim

“Setiap apa yang kita lakukan perlu jujur dan saya ikhlas dengan apa yang saya buat. Jika ditanya mengapa saya memuat naik gambar kami berdua di Instagram sebelum ini, ia kerana hubungan saya dan Zahirah jujur”

Bagaimanapun, Aiman ketika ditemui masih mengelak untuk ditemu bual mengenai hubungan cintanya dengan Zahirah. Sementara itu, Zahirah pula menyifatkan Aiman sebagai jejaka terbaik pernah ditemuinya.

Episod percintaan mereka mula dihidu sejak pasangan itu masing-masing memuat naik gambar bersama, beserta dengan kepsyen berbunga-bunga yang seolah memberitahu mereka sedang menjalin hubungan cinta.

Mungkin kemesraan yang dipamerkan mereka secara terbuka, sekaligus ingin membuktikan mereka serius dalam hubungan ini. Netizen juga merestui dan menyukai pasangan ini yang dikatakan sepadan! (rtky/w)

×