Menafikan dakwaan mempersoalkan saman yang dikeluarkan Siti Nordiana kepada lima individu, pelakon Zulin Aziz berkata komennya itu dimanulasi segelintir pihak.
Katanya dek kerana fitnah tersebut, Zulin berkata dia dikecam teruk oleh netizen malah turut tertekan apabila dituduh mengutuk Siti Nordiana.
BACA: Zulin Aziz Persoal Saman RM200,000 Siti Nordiana
Terbaru, menerusi Facebook Zulin memaklumkan akan mengambil tindakan saman terhadap netizen yang menulis komen fitnah terhadap dirinya.
Ujarnya, atas nasihat peguam dia mengambil tindakan berikutan kata-kata berbaur fitnah yang dilemparkan menjejaskan nama baiknya dan juga perniagannya serta untuk memberi pengajaran. Malah, Zulin turut berterima kasih kepada netizen yang memintanya berbuat demikian.
