Hormon Kacau Bilau, Neelofa Jadi Tenang Bila Tatap Wajah Bilal

Hampir empat bulan bergelar ibu, sekaligus membuka mata selebriti popular Neelofa tentang beratnya menggalas tanggungjawab berkenaan.

Bagamanapun, Neelofa berkata segala masalah hilang dan hatinya rasa tenang sebaik sahaja melihat wajah anak kesayangannya, Muhammad Bilal.

BACA: Ini Jawapan Neelofa Bila Ditanya Tentang Aurat Adik Beradik

“Rasanya setiap ibu berhadapan dengan cabaran tersendiri dalam menguruskan anak kecil mereka. Apa lagi ketika tempoh berpantang dan keadaan diri dimana hormon masih belum stabil.

“Bagaimanapun, betul kata orang semua persoalan akan terjawab selepas 40 hari berpantang. Semuanya menjadi lebih baik apabila seorang ibu itu selesai menjalani tempoh berpantang.

“Walau apa pun cabaran yang datang, saya akan sentiasa rasa tenang setiap kali melihat wajah anak,” katanya.

Menurut Neelofa, dia sering bertanyakan tentang tip penjagaan anak kepada rakan-rakan serta sentiasa mengikut nasihat doktor.

“Ramai kawan-kawan sudah bergelar ibu, jadi setiap kali ada masalah saya akan hubungi mereka bertanyakan tip yang sesuai.

“Saya tidak ada amalan spesifik dalam menguruskan anak. Lebih banyak mengikut nasihat doktor dan ibu tentang apa yang terbaik,” katanya.

×