Hormat Bekas Suami, Mawar Rashid Pilih Diam

Pelakon Mawar Rashid memilih untuk tidak mengulas mengenai hubungannya dengan bekas suami, Raf Yaakob kerana enggan timbul masalah di kemudian hari.

Memetik Kosmo, Mawar berkata apa yang berlaku antara dirinya dan bekas suami biarlah hanya diketahui oleh mereka dan dia mahu menjaga emosi anak-anak yang masih kecil.

BACA: Mawar Rashid Kunci Mulut Dakwaan Dah Nikah Jejaka Brunei

“Buat masa sekarang kami cuba yang terbaik. Itu sahaja yang saya boleh cakap. Kalau saya bercakap mengenai bekas suami, bimbang itu boleh menjadi punca atau permasalahan lain. Apa yang berlaku antara saya dengan bekas suami biarlah hanya kami sahaja yang tahu.

“Lagi pun saya perlu menjaga emosi anak-anak yang masih kecil dan saya tetap menghormati bekas suami kerana dia ayah kepada anak saya. Jadi saya cuba elakkan apa-apa yang tidak baik,” katanya.

Dalam pada itu, Mawar berkata dia dan Raf sentiasa berkomunikasi demi anak-anak kerana mahukan mereka menjalani kehidupan sama seperti sebelum berpisah.

“Kami perlu pastikan mereka okey. Saya dan bekas suami akan terus menjaga hubungan baik demi memberikan yang terbaik buat anak-anak.

“Kami akan kongsi urusan berkaitan anak-anak secara bersama sebab mahu pastikan mereka dapat menjalani kehidupan sama seperti sebelum berpisah,” katanya.

SUMBER: Kosmo

×