fbpx

Baru-baru ini menerusi perkongsian di Instagram, pelakon sensasi, Ruhainies dilihat ada memuat naik promosi drama terbarunya Aliff Aziz berjudul Terjerat.

Menurut Ruhainies, drama tersebut yang bakal ditayangkan pada 26 Jun di platform iqiyi serta menyifatkan ianya naskhah berat yang penuh dengan emosi.

BACA: “Saya Minta Maaf Setulusnya Agar Nanti Kita Tak Saling Menuntut Di Hadapan Allah”

Kata Ruhainies lagi, penceritaan membawa maksud yang sangat dalam dan ianya seakan menggambarkan apa yang telah berlaku baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

“Sebuah naskhah berat dan penuh emosi yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Sebuah penceritaan yang pada saya membawa maksud yang sangat dalam dan tidak pasti suratan atau kebetulan, storyline nya seakan menggambarkan apa yang telah berlaku baru baru ini,” tulisnya.

Sementara itu, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah turut menyimpulkan bahawa jangan terlalu percayakan sesiapa dan jangan terlalu cepat menilai.

“Kesimpulannya, jangan terlalu percayakan sesiapa. Dan jangan terlalu cepat menilai. Hidup ni penuh dengan “plot twist”. Bukan semua yang dipaparkan adalah benar. Hanya Allah yang mengetahui,” katanya.