Pejam celik hari ini genap tiga tahun pemergian Allahyarham Abam Bocey. Hari ini, balu arwah Abam iaitu Nor Hidayah berkunjung ke rumah peninggalan suaminya bersama peguam namun pintu tidak dibuka.
Menerusi perkongsian di Instagram, Hidayah berkata sejam dia menunggu diluar namun pintu tidak dibuka sedangkan kereta dan motosikal di perkarangan rumah.
BACA: “Saya Tak Mahu Ulas, Tak Rasa Sudah Menang” – Hidayah
View this post on Instagram
“Di hari Jumaat yang mulia ini, sempena tiga tahun pemergian arwah. Sekarang saya kat rumah saya tetapi tidak ada sesiapa yang menyahut walaupun sudah tekan loceng.
“Satu jam saya tunggu tetapi tiada siapa buka pintu. Tengok ini, ada kereta, kasut dan motosikal. Ini rumah arwah suami. Minta tolong viralkan,” katanya.
Sementara itu, Hidayah turut meluahkan rasa sedih melihat keadaan rumah yang penuh semak serta kesal apabila tidak dibenarkan masuk ke rumah arwah suaminya.
“Korang sendiri tengok, mereka memang tak bagi Dayah masuk rumah kami. Tengok mereka masuk ke dalam rumah tu dan korang nilaikanlah sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Hidayah turut meminta pihak disana untuk segera membuat bayaran sebanyak RM60,000 serta menyerahkan kunci rumah seperti diperintahkan mahkamah dengan segera.
“Peguam dah bagi masa selama 21 hari untuk serahkan kunci rumah dan buat bayaran RM60,000. Saya harap pihak di sana mempercepatkan membuat bayaran,” katanya.