“Hati Ikhlas Rahsia Wajah Cantik Bukan Sedut Lemak”

Tampil dengan imej terbaru lebih langsing dan berwajah runcing, penyanyi Ifa Raziah dituduh melakukan pembedahan plastik atau kaedah sedut lemak untuk kelihatan cantik.

Namun, Ifa Raziah menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu dia hanya melakukan rawatan wajah biasa seperti yang diamalkan wanita lain.

Tambahnya lagi, wajahnya semakin cantik bukan kerana pembedahan tapi kerana keikhlasan dan kejujuran hati.

“Saya hanya melakukan rawatan kulit dan facial seminggu sekali sahaja. Saya tidak kisah orang nak gelar saya ‘sailormoon’ ke apa-apa sekalipun, saya bersyukur kerana semakin cantik dan sihat serta nampak muda bukan kerana saya buat pembedahan muka atau sedut lemak tapi disebabkan keikhlasan dan kejujuran hati,” ujarnya kepada mStar Online.

Menurut Ifa, sudah menjadi lumrah sebagai seorang selebriti untuk berdepan komen dari netizen. Tambah Ifa, mungkin mereka cemburu dengan dirinya yang mempunyai wajah cantik.

“Saya tidak cantik, gemuk orang kutuk-kutuk, bila sudah cantik dan kurus pun orang tak puas hati sebab nampak runcing dan mulus.

“Pada saya mereka kurang kasih sayang, mungkin mereka tidak mampu untuk berbelanja lebih untuk kecantikan sebab itu cemburu melihat orang lain,” ujarnya.

×