Hati-Hati Dengan Fitnah Yang Disebar Tentang Orang Lain” – Vivy Yusof

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) rugi RM43.9 juta hasil penjualan pegangan minoriti dalam syarikat Fashion Valet Sdn. Bhd.

Isu tersebut turut dibahaskan di media sosial dan ada netizen mahu Vivy Yusof memberi penjelasan berhubung kerugian pelaburan berkenaan.

BACA: Khazanah & PNB Rugi RM43.9 juta, Netizen Mahu Vivy Yusof Beri Penjelasan

Sementara itu, menerusi perkongsian terbaru  Vivy memuat naik status di Insta Story meminta agar untuk berhati-hati dengan fitnah yang disebar tentang orang lain.

Tambah Vivy lagi, banyak perkara yang ingin diperkatakan, namun masih menunggu masa yang sesuai serta membiarkan apa yang orang ramai mahu memperkatakan.

Screenshot

“Begitu banyak yang saya ingin katakan tetapi pada masa yang sesuai, insyaAllah.

“Buat masa ini, saya akan biarkan orang berkata apa yang mereka mahu. hanya berhati-hati dengan fitnah yang anda sebarkan tentang orang lain,”  tulisnya.

Screenshot

Dalam hantaran lain, Vivy turut memuat naik gambar seperti berada di katil hospital dan sedang menerima rawatan.

×