Baru-baru ini penampilan pelakon Intan Ladyana menjadi perhatian netizen apabila dikatakan hamil anak kedua.
Memetik mStar Online, segala teka teki akhirnya terjawab apabila suaminya, pelakon Harris Alif mengesahkan berita gembira tersebut.
BACA: Nampak Baby Bump, Intan Ladyana Hamil Anak Kedua?
Bagaimanapun, Harris enggan mengulas mengenai usia kandungan serta jantina bayi kedua mereka itu serta memohon orang ramai mendoakan agar kehamilan isterinya dipermudahkan.
“Ya Intan sedang berbadan dua, usia kandungan rahsia. Saya minta doa orang ramai supaya urusan keluarga saya ini dipermudahkan dan dilancarkan oleh Allah,” katanya.
Dalam pada itu, Harris berkata dia akan mengumumkan mengenai kehamilan isterinya apabila sudah bersedia kelak.
“Bila sampai masa, saya dan Intan sendiri akan beritahu. Sekarang belum masanya lagi. Ini kerana ada benda-benda yang kena bagi steady dulu,” katanya.
Untuk rekod, Intan dan Harris berkahwin pada 5 Februari 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Evie Khadeeja yang kini berumur setahun sepuluh bulan.