Bermula daripada tindakan seorang peminat yang meniru lawaknya semula di Twitter tanpa kredit pada dirinya, Harith Iskander bertindak menegur perkara yang dilakukan individu tersebut. Apa yang kami boleh katakan, ini semuanya adalah mengenai publisiti.
BACA: Harith Iskander & Isteri Timang Anak Kedua
Bagaimanapun, Harith kemudiannya setelah membuat semakan (mungkin) daripada akaun Twitter individu berkenaan, tidak mengambil serius perkara tersebut apabila individu tersebut sememangnya terkenal dengan sikap meniru tweet orang lain tanpa meniggalkan kredit kepada penulis asal.
“Ok. Now I don’t feel so bad about @saidosem plagiarizing me. Rupanya he does it quite often,” katanya melalui akaun Twitter miliknya sambil menyertakan sekali bukti tweet individu tersebut – juga meniru tweet daripada individu lain.
Bagi kami, mungkin ini sekadar hiburan petang bersama Harith kerana isu perdebatan mengenai perkara sebegini jika dilayan secara serius mampu memburukkan keadaan di samping memberi publisiti percuma. (rtky/syfq)