Harith Iskander, Dr Jezamine Sah Bercerai Talak Satu

Pelawak Harith Iskander melafazkan talak satu terhadap isterinya, Dr Jezamine Lim pada jam 12.05 tengah hari tadi selepas 14 tahun mendirikan rumah tangga.

Harith Iskander atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa, 57, melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Siti Noraini Mohd Ali.

BACA: Harith Iskander Akui Kesilapan Diri Punca Isteri Fail Cerai

Peguam mewakili pasangan itu, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata mereka bersetuju bercerai secara baik dan punca perceraian adalah kerana tiada persefahaman.

Kedua-duanya memilih untuk menjalankan perbicaraan secara tertutup atas alasan enggan berkongsi isu rumah tangga mereka kepada umum.

Harith Iskander dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9 tahun.

×