Harissa Adlynn Dakwa Digoda Pelakon Senior Sudah Bercucu

Pelakon Harissa Adlynn mendedahkan dia pernah digoda seorang pelakon senior berstatus suami orang yang sudah mempunyai cucu.

Memetik BH Online, pelakon berusia 21 tahun itu berkata dia tidak menafikan pernah didekati selebriti lelaki malah ada yang cuba mengambil kesempatan memegangnya ketika berlakon bersama.

BACA: Ibu Harissa Adlynn Siapkan 30 Pasang Baju Kurung Untuknya Sepanjang Ramadan

“Memang ramai yang cuba mendekati saya. Ada berstatus suami orang dan ada juga yang sudah mempunyai cucu. Anak dia pun sebaya saya.

“Mereka berani berterus terang untuk ajak saya pergi ‘dating’. Malah, ada juga yang cuba mengambil kesempatan untuk menyentuh saya ketika kani berlakon bersama. Biasanya mereka akan pura-pura terpegang tangan saya walhal saya boleh hidu apa niat mereka sebenarnya,

“Bila berlaku perkara seperti itu, saya akan cuba menepis dengan tidak memberikan sebarang respons supaya dia tidak anggap saya perempuan murahan.

“Kalau bertindak di luar batasan, saya tidak akan teragak-agak untuk menyuarakan ketidakselesaan saya kepadanya,” katanya 

Menurut Harissa lagi, kebanyakan mereka faham selepas melihat dia bersikap dingin terhadap godaan yang mereka lakukan tambahnya lagi dia seorang yang profesional ketika bekerja.

“Kalau tak selesa dengam situasi itu, saya akan suarakan. Setakat ini, mereka memahami dan tidak pernah cuba memaksa saya,” katanya.

SUMBER: BH Online

×