Mempunyai jawapan tersendiri terhadap beberapa peminat yang mengatakan harga makanan di kafe miliknya mahal, Nora Danish menyifatkan harga yang disediakan Kopi & Xoxo adalah berpatutan dengan lokasi selain bahan yang digunakan juga berkualiti tunggu.
BACA: Nora Danish Anggap Khabar Angin Mengenai Nedim Tak Berasas
“Sebenarnya harga makanan dan minuman di kafe Kopi & Xoxo itu tidak begitu mahal dan orang ramai juga harus faham kerana ia terletak di Bangsar jadi kami harus menanggung kadar sewa yang agak tinggi”
“Barang-barang digunakan juga berkualiti jadi harga yang dikenakan bersesuaian dengan lokasinya,” katanya kepada mStar Online selain menyatakan keuntungan diperolehi juga tidak lumayan seperti mana dibayangkan kerana usia perniagaan yang baru mula bertapak.
“Kami bukan nak kejar untung semata-mata kerana perniagaan ini dibuat sekadar suka-suka jadi keuntungan yang diambil sebenarnya tidak banyak. Jadi harga yang dikenakan amat berpatutan dan ia amat sesuai kepada pelanggan,” katanya. (rtky/s)