Terbaru dua finalis lagi, Faizni Fazreen dan Erni Nurshahira tampil membuat permohonan maaf berhubung insiden video mabuk di kelab malam. Selain itu mereka berharap kejadian ini tidak lagi dibangkitkan.
BACA: “Kepada Yang Khianat, Saya Doakan Awak Tak Dikhinati”
“Di sini saya ingin memohon maaf kerana saya akui perbuatan melanggar kontrak itu adalah kesalahan saya. Saya berharap dengan pengakuan ini, isu ini tidak akan dipanjangkan”
“Kami pun tidak mahu fikirkan mengenai apa-apa pertuduhan yang saya muat naik sebelum ini. Past is past, saya hanya ingin fikir secara positif. Mungkin ada hikmah kejadian ini berlaku”
Dalam masa yang sama, Fazreen dan Erni menganggap apa yang berlaku punya hikmah tersendiri buat mereka. Bagaimanapun mereka berharap masyarakat masih menerima bakat mereka dalam industri Malaysia.
“Kepada followers kami berdua, masih ramai yang memberikan kata-kata semangat dan mendoakan kejayaan kami. Untuk itu, kami berterima kasih. Diharap kalian semua masih boleh menerima bakat kami di dalam industri ini”
“Kami belajar daripada kesilapan ini, sama juga seperti kita yang pernah melakukan kesalahan sebelum ini. Bagi yang mengecam, kami ambil jalan untuk tidak menghantar reply kepada mereka,” jelas mereka. (rtky/w)