Hanya RM8, Magic Reload Beri Anda Lebih Internet

Jika dulu, boleh tahan juga harga internet yang ditawarkan untuk pengguna. Mujur ada XPax. Bukan apa, jika dulu ramai yang mengeluh dengan jumlah data yang tidak logik, tapi kali ini dengan Magic Reload, and hanya perlu berbelanja RM8 untuk dapatkan 1GB internet!

6- Hanya RM8, Magic Reload Beri Anda Lebih Internet - ROTIKAYA

Kiranya Magic Reload ini adalah tambah nilai prabayar pertama yang memberikan anda lebih internet dan juga panggilan tanpa had ke rangkaian yang sama. Nak bergayut lama-lama pun boleh asalkan pasangan anda pun pakai nombor Xpax juga.

Paling untung lagi, tak perlu muat turun banyak-banyak aplikasi muzik lain sebab jika anda tambah nilai dengan Magic Reload ini, memang pasti dapat layari banyak lagu lain dengan Yonder Music. Banyak boleh jimat ada Yonder Music percuma ini.

Oh, Magic Reload datang dengan 5 saiz berbeza, dari saiz S sampailah size 2XL. Lagi besar lagi berbaloi:

S: RM8 (1GB) Plan Harian
M: RM18 (1GB) Plan Mingguan (Percuma Layari Yonder Music)
L: RM38 (4GB) Plan Bulanan
XL: RM48 (5GB) Plan Bulanan
2XL: RM68 (7GB) Plan Bulanan

2- Hanya RM8, Magic Reload Beri Anda Lebih Internet - ROTIKAYA

Apa yang lagi best, katakanlah internet guna tak habis, anda boleh bawa jumlah tersebut ke hadapan dan bagi yang suka dengan Internet Burung Hantu, bolehlah dapatkan dengan nilai RM5 untuk 10GB.

1- Hanya RM8, Magic Reload Beri Anda Lebih Internet - ROTIKAYA

Jadi apa tunggu lagi? Dengan kemudahan internet yang pantas dan berpatutan ini, pasti laman sosial anda akan lebih meriah. Mahu lagi meriah? Jom kongsikan perkara ini bersama rakan anda atau mungkin juga insan yang tersayang seperti ibu anda. Ada internet bolehlah buat panggilan video dengan ibu selalu.

×