Hari ini hangat diperkatakan apabila pelakon Azri Iskandar sudah pun berpisah dengan kekasihnya, Datuk Noora Kay kerana tiada keserasian. Datuk Noora turut mendedahkan dia dan Azri sudah berpisah sejak hujung Mei lalu.
Bagaimanapun, bekas isteri Azri iaitu Ellie Suriaty menafikan bekas suaminya dan Datuk Noora berpisah kerana tiada keserasian serta memberitahu persiapan perkahwinan telah pun dibuat.
BACA: Azri Iskandar Tak Jadi Kahwin, Datuk Noora Dedah Sebab Tak Serasi
Memetik Kosmo, Elle berkata pihaknya meminta untuk menangguh tarikh majlis disebabkan kesibukan jadual penggambaran Azri serta mendakwa Datuk Noora mahu semua perbincangan mengikut kehendaknya.
“Mewakili pihak lelaki kami minta tangguh kerana tidak mahu buat majlis dalam keadaan tergesa-gesa. Keluarga juga menasihatkan agar majlis perkahwinan dibuat dalam keadaan tenang dan tidak terburu-buru kerana menganggap perkahwinan itu satu detik yang sangat bermakna.
“Pada saya Datuk Noora Kay tidak sabar dan mahu semua perbincangan ikut kehendak dia termasuk dalam semua perbincangan. Pada saya itu bukan orang matang dalam perbincangan,” katanya.
Sementara itu, Ellie turut mendedahkan Datuk Noora sendiri yang membuat keputusan untuk mengakhiri hubungannya dengan Azri.
“Hanya kerana berpangkat Datuk, semua kena ikut telunjuk. Jangan cakap tidak serasi, tapi kata tiada jodoh,” katanya.
Dalam pada itu, Ellie turut meminta netizen tidak mengaitkan dirinya serta meminta untuk berbaik dengan bekas suaminya kerana dia sudah menganggap Azri sebagai saudaranya sendiri.
“Kami sudah menjalani kehidupan berumah tangga selama 19 tahun, jadi tolong beri kami ruang. Tidak semestinya perceraian itu membuatkan kita perlu bermusuhan dan bergaduh,” katanya.
SUMBER: Kosmo