Pempengaruh media sosial sensasi Aisyah Hijanah menjelaskan dirinya bukan ustazah serta meminta orang ramai tidak memanggilnya dengan gelaran tersebut.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Aisyah membuat penjelasan itu serta mengatakan dia hanya insan biasa yang suka belajar dan berkongsi ilmu buat pengikutnya di media sosial.
BACA: Aisyah Hijanah Kembali Hadir Majlis Ilmu, Tenang Hadapi Ujian Hidup
“Saya hanya insan biasa yang sangat suka belajar. Jadi segala yang Aisyah belajar, Aisyah memang akan buat video dan berkongsi di IG dan TikTok.
“Lama dah Aisyah baut benda ni sejak sebelum kahwin lagi. So jangan pelik ya dan jangan panggil saya ustazah,” katanya.
Sementara itu, Aisyah mengatakan dia juga berharap apa yang dikongsikannya di media sosial itu dapat menjadi manfaat untuk semua.
SUMBER: mStar Online