“Hanya 10 Peratus Cakap Buruk Tentang Biskut Saya”

Umum mengetahui, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada memulakan perniagaan biskut diberi nama ‘Shelup Shelup Satu Tak Cukup’ selepas berdepan ujian rumah tangga. 

Bagaimanapun, Shuhada memaklumkan perniagaannya itu bakal ditutup namun tidak mendedahkan perniagaan biskutnya itu dihentikan. 

BACA: Hadanah: Shuhada Terkejut Hafidz Tiba-Tiba Ubah Fikiran

Difahamkan, bulan lalu tular perkongsian seorang individu yang yang sempat membeli biskut tersebut secara online namun dikatakan indah khabar dari rupa. 

Memetik Utusan Online, Shuhada berkata dia sedar mengenai perkara itu dan berusaha menjejaki pelanggan tersebut, namun tiada sebarang maklum balas diberikan.

“Hanya 10 peratus bercakap buruk tentang biskut yang saya jual. Bila saya berusaha mengesan pelanggan itu, tak pula dia balas mesej di WhatsApp. Mereka sengaja hendak menjadikan isu dan cuba memanaskan keadaan.

“Tiada isu pun sebenarnya, kalau 10 pelanggan yang datang beli hanya seorang yang cakap ada masalah, yang lain itu hanya tambah garam sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Shuhada berkata dia terbuka menerima sebarang maklum balas daripada pelanggan serta mengakui ianya pengajaran buat dirinya supaya lebih mendalami dunia perniagaan.

“Itu juga adalah satu pengajaran buat saya untuk mendalami lebih banyak ilmu tentang perniagaan seperti pemilihan produk serta bagaimana untuk kekal lama dalam bidang ini. Saya terbuka sahaja menerima komen daripada pelanggan,” katanya.

Terdahulu, individu itu berkata biskut diterima ada yang hancur kerana pembungkus plastik yang digunakan. Malah, kotak biskut tersebut seperti terkena cat.

×