Minggu lalu, pendakwah selebriti Da’i Syed berkongsikan khabar duka isterinya, Hana Ismail mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah 10 minggu.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Hana memaklumkan dia tidak mengambil confinement lady sebaliknya suaminya yang menguruskan dirinya untuk berpantang di rumah.
BACA: “Saya Tak Akan Berjaya Fizikal, Mental & Kewangan Kalau Tak Kerana Syed Iqmal” – Hana
Menurut Hana, suaminya yang menjaganya ketika berpantang termasuklah menyediakan air herba untuk digunakan ketika mandi.
“Kita tak ada confinement lady tapi kita ada confinement suami. Dia mandikan kita dengan air herba hari ini,” tulisnya.
Malah, Hana turut berkongsikan suaminya pakaikan stoking. Bertuahnya Hana, suami jaga seperti permaisuri masa berpantang.
Untuk rekod, Da’i Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember tahun lalu di Kuala Lumpur.