Hana Ismail Doa Allah Angkat Musibah Sempena Hari Lahir Syed

Personaliti televisyen, Hana Ismail memuat naik ucapan penuh emosi untuk suaminya, Syed Iqmal sempena ulang tahun kelahirannya pada 20 Oktober lalu.

Menerusi perkongsian di Insta Story itu, Hana mendoakan agar segala ujian yang menimpa mereka sekeluarga diangkat oleh Allah dan dipermudahkan urusan.

BACA: Da’i Syed Akui Gelap Hidup, Syukur Dapat Berdakwah Dalam Penjara

“Selamat hari lahir baba Nour. Moga Allah angkat musibah kita, permudahkan urusan kita dan permudahkan urusan mereka yang membantu dan mendoakan kita,” tulisnya.

Dalam hantaran tersebut, Hana turut memuat naik gambar mereka memaparkan Syed mendukung anak perempuan mereka, Sharifah Fatma Nour Jamalullail.

Pada 30 Ogos lalu, Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor kerana didakwa merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Bagaimanapun, selepas 21 hari dipenjarakan di Penjara Kajang, Syed dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

×