Sejak bulan lalu hangat diperkatakan mengenai desas desus selebriti popular Neelofa dikatakan hamil apabila dilihat kerap memegang bahagian perutnya.
Tidak mengiyakan atau menafikan mengenai khabar angin itu, Neelofa berkata dia menunggu masa sesuai untuk mengumumkan perkara itu jika benar dirinya hamil.
BACA: Hadir Di Mahkamah Seremban, Foto Neelofa Kerap Pegang Perut Jadi Perhatian
“Bagi saya sendiri, kalau katakanlah desas-desus itu betul atau tidak, saya akan tunggu masa sesuai untuk kongsikan dengan orang ramai.
“Pada saya, berita gembira seperti itu biarlah doa yang baik-baik daripada orang ramai yang kita harapkan. Kalau ada kawan artis lain yang ada berita gembira pun turut buat yang sama iaitu menunggu saat yang betul untuk umumkan. InsyaAllah kalau ada masa yang tepat saya akan kongsikan,” katanya.
Dalam pada itu, Neelofa berkata dia sedar pasangan yang baru berkahwin sememangnya tidak boleh lari dengan soalan tersebut. Ujarnya, soal hamil bukanlah sesuatu yang buruk untuk disorokkan.
“Apa lagi dengan kedudukan saya di mata masyarakat, saya faham orang akan harapkan perkongsian. InsyaAllah saya akan kongsikan. Lagipun soal itu bukan sesuatu yang tak baik sehingga nak disorok.
“Bukan saya saja, sesiapa pun bukan? Baik hal berkahwin atau mengandung semua nak umum pada masa yang betul supaya tidak ada desas-desus negatif,” katanya.