Hafidz Roshdi Terkilan Dihina Kerja Penghantar Barang

Pelakon sensasi Hafidz Roshdi mendedahkan dia kini mencari pendapatan sebagai penghantar barangan dengan syarikat Lalamove.

Bagaimanapun, Hafidz berkata ada yang menghina pekerjaannya itu namun dia sedikit tidak kisah dan dia gembira dengan pekerjaannya itu.

BACA: “Sebutan Kes Tak Perlu Hadir Ya, Harap Maklum!” – Hafidz Roshdi

Kata Hafidz lagi, dia turut meminta orang ramai mendoakan agar dia terus sihat untuk mencari pendapatan yang halal serta nafkah untuk anak-anaknya.

Terdahulu, Hafidz tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi menyelesaikan kes tuntutan interim hadanah dan induk hadanah untuk dua anak mereka iaitu Humairah dan Umar.

Susulan itu, bekas isterinya Nurul Shuhadameluahkan rasa kesal serta mengatakan tindakan Hafidz itu boleh melambatkan proses perbicaraan tuntutan hadanah yang difailkan oleh pelakon itu sebelum ini.

×