fbpx

Hafidz Roshdi Gelar Shuhada Janda Penfitnah, Penipu & Kaki Pusing

Nampaknya isu antara pelakon Hafidz Roshdi dan bekas isterinya, Nurul Shuhada masih tiada kesudahan lagi apabila masih mengeluarkan kenyataan di media sosial masing-masing.

Sebelum ini, Shuhada mendakwa Hafidz mendedahkan dokumen mahkamah berkaitan kes mereka di media sosial dan dia sudah pun membuat laporan polis.

BACA: “M*in Siap Buka Lagu Bruno Mars” – Shuhada Dedah Bekas Suami Rakam Video S*ks?”

Bagaimanapun, menerusi perkongsian di Instagram, Hafidz menafikan dakwaan tersebut serta meminta Shuhada menunjukkan bukti dia menyebarkan dokumen berkenaan. Hafidz turut menggelar ibu kepada dua anaknya itu sebagai janda penfitnah dan janda penipu.

Sementara itu, Hafidz turut mendakwa Shuhada seorang kaki pusing apabila mengaitkan isu lain ketika diminta kemukakan bukti sahih mengenai dakwaan menyebarkan dokumen itu.

Tidak hanya berdiam diri, Shuhada dilihat tampil membalas kenyataan Hafidz itu dengan menyifatkan pelakon itu bersikap kebudak-budakan serta mempersoalkan adakah Hafidz tidak bahagia dan bersimpati dengannya.

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila Shuhada apabila mendedahkan mesej lucah antara bekas suaminya itu dengan penyondol sebelum mereka sah bercerai.