Umum mengetahui, pempengaruh media sosial Farah Lee selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati, Fuad Hisham selepas tujuh tahun bergelar ibu tunggal.
Baru-baru ini berlangsungnya majlis resepsi bagi meraikan dua mempelai itu dan bekas suami Farah iaitu personaliti televisyen, Ally Iskandar turut hadir.
BACA: Ally Iskandar Sahkan Sudah Bercerai
Menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita, Ally meluahkan rasa syukur bekas isterinya bertemu jodoh dan anak mereka iaitu Maeram kini dapat merasai institusi keluarga yang lengkap.
View this post on Instagram
“Macam Farah kata tadi, sekarang kami pun dah seri, dia pun dah berkahwin Alhamdullilah saya bersyukur dan gembira.
“Semoga anak kami Maream dapat rasa institusi yang lengkap di rumah. Saya tengok wajah Fuad sejuk hati, saya rasa dia boleh jadi ayah yang baik,” katanya.
Sementara itu, Ally berkata meskipun mereka berbeza pendirian namun perlu mencari jalan terbaik serta akan bertolenrasi mengenai soal anak mereka.
“Kami pun ada pendirian masing-masing tapi yang penting bagaimana anak akan mengharungi semua ini. Walaupun ada perbezaan pandangan atau pendirian, kami kena cari satu jalan tengah untuk merasai institusi keluarga itu walaupun berjauhan.
“Memang kalau soal anak kami akan bertoleransi dan bertimbang rasa, Alhamdullilah setakat ini begitulah,” katanya.
Untuk rekod, Ally dan Farah pernah mendirikan rumah tangga pada 2012 namun bercerai 4 tahun kemudian. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Maream kini berusia 9 tahun.