Umum mengetahui, Jumaat lalu pendakwah selebriti, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun bersama 3 sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.
Sejak beberapa hari lalu menerusi video di laman X, memparkan pendakwah itu bersama isterinya, Hana Ismail tampil di podcast Caprice kembali tular.
BACA: Wanita Dakwa Diganggu Da’i Syed Ketika Isteri Sedang Hamil
Mesej Da’i Syed ini kepada wanita yang dirogolnya, “Hadapilah hidup ini dengan tenang, sebab kita tak tahu kita masuk syurga atau neraka”.
What the hell, man?
pic.twitter.com/MUYnfiFwiK— Roman Akramovich (@SyedAkramin) August 30, 2024
Menerusi video itu, pasangan suami isteri ini diminta untuk memberikan ‘mesej’ buat mangsa yang difahamkan mengalami kemurungan akibat dirogol.
Menurut Hana, dia berpendapat bahawa tidak semua perkara yang dilalui perlu diceritakan kepada orang ramai dan dia bersimpati dengan apa dilalui oleh wanita tersebut.
“Saya nak bagitahu dengan dia yang kita semua melalui ujian. Saya bersimpati dengan apa yang telah berlaku kepadanya. Cuma saya nak dia faham bahawa tak semua benda dalam dunia kita perlu bagitahu kepada semua orang.
“Jadi, apa yang perlu kita lakukan ialah berdamai dengan diri sendiri, maafkan diri sendiri terlebih dahulu dan terima kelemahan serta kelebihan diri,” katanya.
Sementara itu, turut menjadi perhatian mesej Da’i Syed yang meminta mangsa untuk menghadapi hidup dengan tenang serta memohon maaf jika dia melakukan kesalahan kepadanya.
“Saya mohon maaf kalau saya melakukan kesalahan kepada dia. Hadapilah hidup ini dengan tenang sebab kita tak tahu kita masuk syurga atau neraka. Jadikan dunia ini sebagai syurga,” katanya.